Monday, March 31, 2008

Doa Orang yang Teraniaya

Dari Abdullah bin Abbas ra. memberitakan Rasulullah saw. pernah bersabda:

"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"

- Hadis Riwayat Al-Bukhari -

Pengajaran Hadis:

1 - Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama.

2 - Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan merampas haknya, menyakitinya, menggangguinya atau menjatuhkan maruahnya.

3 - Padahlah orang yang zalim; sebab doa mangsa kezaliman terhadapnya adalah segera diperkenankan ALLAH dan tiada penghalang di antaranya.

Sunday, March 30, 2008

Takutlah Kepada ALLAH

Dari Abu Dzar ra memberitakan Nabi saw pernah bersabda:

"Takutlah kepada ALLAH dimana sahaja anda berada"

- Hadis riwayat Abu Dawud & At-Turmudzi: Hasan -

Pengajaran Hadis:

1 - Rasulullah saw mengajak umatnya supaya takut kepada ALLAH, di mana Dia ialah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala gerak-geri hati dan perbuatan manusia; malah mengenai semua makhlukNya

2 - Manusia ialah makhluk yang selalu aktif; bergerak dan berada di mana-mana tempat dan keadaan. Sebagai hamba ALLAH, seseorang hendaklah tetap takut kepada ALLAH di mana-mana sahaja; bukan hanya takut sewaktu berada di dalam masjid atau di tempat orang ramai.

3 - Tanda iman yang sempurna ialah seseorang tetap takut kepada ALLAH di mana-mana sahaja dia berada sekalipun di tempat tersembunyi dari pandangan manusia

Saturday, March 29, 2008

Susuli Kejahatan

Dari Abu Dzar Al-Ghifari ra. memberitakan Rasulullah saw pernah bersabda:

"Susulilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan, semoga kebaikan itu dapat menghapuskannya"

- Hadis riwayat Abu Dawud & At-Tarmirzi -

Pengajaran Hadis:

1 - Pada dasarnya Islam menyuruh setiap penganutnya supaya melakukan kebaikan

2 - Bila seseorang Islam melakukan kejahatan (dosa), maka bagi satu dosa akan dibalas dengan satu kejahatan. Akan tetapi bila dia segera melakukan satu kebaikan, maka satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebajikan, di mana ia juga dapat menghapuskan kejahatan yang telah dilakukan tadi

3 - Dengan tindakan tersebut, maka kebajikannya melebiho kejahatannya dan dia akan bahagia semasa amalannya ditimbang di neraca timbangan amalan, di hari akhirat kelak

Friday, March 28, 2008

Percaya Diri Bererti Pesanan POSITIF ...

Dengan percaya diri, anda akan mengnkomunikasikannya kepada dunia luar anda.

Dengan percaya diri, anda akan membuat orang lain menjadi percaya diri.

Dengan percaya diri, anda akan lebih meyakinkan.

Percaya diri adalah pesan. Pesan yang amat penting untuk dikomunikasikan kepada orang yang terlibat dengan anda.

Dengan percaya diri, sekali lagi anda akan berhasil dalam memimpin dan menjual.

Thursday, March 27, 2008

Belajar Tidak Ada Akhirnya ...

Pelajaran akan terus diulang sehinggalah kita faham dan belajar daripadanya. Masalah dan tentangan, kegagalan dan kekecewaan adalah pelajaran. Kesedaran, kesabaran, dan penerimaan diri adalah prasyarat. Menyalahkan selain diri sendiri merupakan penghindaran dan penolakan. Perubahan tidak terjadi dalam satu malam. Maka berilah ia waktu. Dan selama kita hidup, akan selalu ada pelajaran. Menyerahlah pada iramanya. Janganlah memberontak atau melawan. Berkomitmenlah pada proses dan perubahan. Rendah hatilah untuk menerima kelemahan diri. Fleksibellah untuk mengadaptasi. Kekakuanmu hanya akan menolak kebebasan untuk menikmati peluang-peluang baru.

Wednesday, March 26, 2008

Berhentilah Jadi GELAS

Seorang guru Sufi melihat anak muridnya sedang bersedih lalu bertanya;

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah syukurmu?"

Jawab murid itu, "Sejak kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Sukar untuk saya tersenyum. Masalah datang bertimpa-timpa."

Sang Guru tersenyum lalu berkata; "Nak, ambil segelas dan dua genggam garam, bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."

Dan si murid melakukan seperti yang disuruh. "Ambil garam tadi dan masukkan ke dalam gelas itu," kata Sang Guru.

"Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya dan wajahnya terus berubah kelat.

"Bagaimana rasanya?" Tanya Sang Guru.

"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid.

Sang Guru ketawa dan berkata, "Sekarang, ikut aku."

Sang Guru membawa muridnya ke sebuah tasik lalu menyuruh si murid taburkan segenggam garam dan tanpa membantah si murid melakukannya.

"Sekarang. cuba kau minum," kata Sang Guru.

Si murid menangkupkan kedua belah tangannya, mengambil air tasik lalu meminumnya. Terasa sekali betapa air tasik yang dingin dan segar mengalilr di tekaknya lalu sekali gus menghilangkan rasa masin air yang diminum dari gelas tadi.

Sang Guru bertanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya.

"Terasakah rasa garam yangn kau taburkan tadi?" Soal Sang Guru.

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu minum sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam . Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah dikadar oleh ALLAH, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu sahaja, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya 'qalbu' (hati) yang menampungnya. Justeru, supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikan 'qalbu' dalam dadamu itu sebesar tasik."

Tuesday, March 25, 2008

Marah !!!

sekali marah ...
sukacita hilang

dua kali marah ...
akal sihat melayang

tiga kali marah ...
tekanan darah nai

kempat kali marah ...
teman-teman lari

lima kali marah ...
jadi cepat tua

enam kali marah ...
pintu dosa terbuka

Monday, March 24, 2008

Hati


hati yang gembira adalah ubat yang mujarab
hati yang keras menemui jalan buntu
hati yang lembut mendatangkan sahabat
hati yang tamak menciptakan perangkap
hati yang bersih menjauhkan masalah
hati yang licik mendatangkan musuh

Sunday, March 23, 2008

Taubat Pemuda Nakal

PADA ZAMAN NABI ISA, terdapat pemuda nakal bernama Qasar. Perbuatan Qasar yang suka menutup air, mengotori dan meludahi air tidak disukai oleh penduduk kampungnya.

Oleh itu, penduduk kampung mengadu kepada Nabi Isa mendoakan supaya pemuda nakal itu tidak kembali ke kampung mereka. Pada suatu hari, semasa Nabi Isa berjalan di kampung itu, seorang penduduk berjumpa beliau dan berkata, “Wahai Isa, kami memohon pertolonganmu. Doakan supaya pemuda nakal itu tidak lagi melakukan perbuatan yang menyebabkan kami marah kepadanya.”

Mendengar aduan itu. Nabi Isa segera berdoa, “Ya Allah. Utuskan seekor ular supaya budak nakal itu tidak kembali lagi.”

Pada hari itu, Qasar mahu menutup air. Sebaik sahaja dia menutup air, seorang ahli ibadah datang menghampirinya dan bertanyakan sesuatu, “Wahai anak muda, bungkusan apakah yang kamu bawa? Saya terbau makanan yang enak. Bolehkah kamu berikan sedikit kepada saya?”

“Saya membawa roti. Sekiranya tuan mahu, saya berikan sekeping,” jawab Qasar. Dia pun memberikan sekeping roti kepada ahli ibadah itu. Selepas memakannya, ahli ibadah itu berdoa, “Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan membersihkan hatimu.”

Kemudian Qasar memberikannya sekeping roti lagi. Ahli ibadah itu berdoa, “Semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu yang lalu dan akan datang.” Qasar memberi lagi sekeping roti dan ahli ibadah it uterus berdoa, “Semoga Allah memberikan kamu istana di dalam syurga.”

Selepas itu, Qasar pun pulang ke kampungnya. Sebaik sahaja tiba, dia dibawa berjumpa dengan Nabi Isa. Nabi Isa pun bertanya, “Wahai Qasar, apakah kebaikan yang kamu lakukan pada hari ini?”

Qasar terus menceritakan peristiwa yang berlaku kepadanya sebelum pulang ke kampungnya. Nabi Isa tidak berpuas hati lalu meminta bungkusan yang dibawa oleh Qasar. Apabila Nabi Isa membukanya, kelihatan seekor ular hitam yang diikat.

Nabi Isa bertanya kepada ular itu, “Wahai ular, aku memerintahkan kamu mematuk orang ini. Mengapa kamu tidak melakukannya?”

Kemudian ular itu menjawab, “Sebelum sempat aku mematuknya, seorang ahli ibadah datang meminta makanan dan Qasar memberikannya. Ahli ibadah itu mendoakannya dan malaikat mengaminkannya. Kemudian Allah mengutuskan malaikat mengikat aku dengan tali daripada besi.”

Sebaik sahaja mendengar penjelasan ular itu, Nabi Isa berkata kepada Qasar, “Wahai Qasar, mulai sekarang bertaubatlah kamu kepada Allah dan berbuat baiklah sesame manusia. Allah mengampuni dosa-dosa kamu.”

Qasar segera menjawab, “Wahai Isa, mulai sekarang, saya berjanji untuk berbuat baik dan melakukan perintah Allah. Saya bertaubat daripada melakukan kelakuan buruk yang saya lakukan.”

Saturday, March 22, 2008

Kopi Itu Pahit

Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.



Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??



Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.



Petikan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Friday, March 21, 2008

Jangan

Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapanmu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.



Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah S.W.T akan murka lalu diserahkan semua urusan itu kepada orang itu.



Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepadanya dimasa berdepan denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.



Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang dilakukannya.



Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t Jangan sampai anda menjual agama mu untuk mendapatkan benda benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil dimata orang yang memberinya. Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.

Thursday, March 20, 2008

Hadiah untuk Sufiah

DI KAMPUNG DAMAI tinggal sepasang suami isteri. Si suami bernama Nawaz manakala isterinya bernama Sufiah.

Sufiah adalah isteri yang taat menjalankan perintah Tuhan. Manakala si suaminya pula sering menghabiskan masa dengan berlaga ayam. Seringkali dia di nasihati oleh isterinya supaya berubah namun tidak berkesan. Sufiah menasihati suaminya dengan penuh kelembutan. Katanya, "Wahai suamiku yang tercinta. Alangkah baiknya kekanda meninggalkan perbuatan yang sia-sia itu. Semoga kekanda beroleh kesejahteraan sentiasa."

Nawaz yang mendengar nasihat isterinya itu hanya mencebik. Dia berkata, "Kekanda tahu apa yang kekanda buat. Adinda uruskan sahaja hal rumah tangga. Jangan menyibuk!"

Sufiah hanya mendiamkan diri. Dia sentiasa tersenyum walaupun seringkali dimarahi.

Namun begitu, Sufiah juga sering membaca Bismillah sebelum memulakan pekerjaan. Sememangnya itu adalah amalan Sufiah setiap hari. Ucapnya, "Bismillahirrahmanirrahim."

Nawaz yang sering mendengar ucapan Bismillah itu berasa bosan. Nawaz berkata sendirian, "Tiada ucapan lainkah? Asyik ucapan yang sama. Bukannya boleh kaya dengan ucapan itu! Huh!"

Pada suatu hari, Nawaz berniat mahu memberikan pengajaran supaya isterinya itu berhenti daripada mengucapkan kalimah Bismillah. Pada hari berikutnya, Nawaz pergi ke hutan berhampiran mencari sarang lebah. Selepas mendapatkan apa yang dihajati, sarang lebah itu diletakkan di dalam sebuah karung lalu dibawa pulang. Sampai di rumah, Nawaz menyerahkan bungkusan yang dibawanya kepada isterinya. Dia mengatakan, "Di dalamnya ada benda yang sangat berharga. Ia adalah hadiah untuk adinda. Tetapi ... ia hanya boleh dibuka pada waktu malam."

Sufiah yang taat itupun melakukan apa yang diperintahkan. Apabila malam menjelang, Nawaz bersiap-siap hendak keluar. Sebelum keluar, dia sempat berpesan kepada isterinya.

"Adinda, jangan lupa buka bungkusan yang kanda berikan. Ia khas untuk adinda," pesan Nawaz.
Sufiah tersenyum. Dia menjawab, "Insya-Allah. Kekanda mahu ke mana?"

"Er ... kekanda ada hal sedikit. Bungkusan itu untuk adinda. Jadi, adinda sahaja yang membukanya. Jangan tunggu kekanda pulang."

Sebelum pergi, Nawaz berpura-pura mengingatkan isterinya. Katanya, "Jangan lupa membaca Bismillah sebelum membukanya."

Sebenarnya, Nawaz bersembunyi di belakang rumah. Dia berbisik sendirian, "Selepas ini, pasti adinda berhenti mengucapkan Bismillah!"

Sufiah mengambil bungkusan yang diberikan oleh suaminya. Lalu dia membaca kalimah Bismillah. Ucapnya, "Bismillahirrahmanirrahim."

Selepas membacanya maka bungkusan itu dibuka. Alangkah terkejutnya Sufiah lalu dia menjerit, "Ya Allah! Emas! Benarkah apa yang hamba lihat ini?"

Sufiah terus menadah tangan. Katanya, "Ya Allah! Alhamdulillah! Aku bersyukur atas segala nikmatMu ini."

Nawaz yang melihat kejadian itu merasa insaf dan mengakui akan kebesaran Tuhan. Katanya, "Ya Allah! Besar sungguh kekuasaanMu! Ampunkan hambaMu ini!"

Nawaz mendapatkan isterinya lalu menceritakan segala yang dirancangkannya.

Sufiah memaafkan segala kesalahannya. Semenjak itu, mereka hidup dengan bahagianya.

Wednesday, March 19, 2008

Anak Rusa yang Comel

"SAYA HENDAK ke hutan sekarang!" beritahu Nasaruddin kepada isteri dan anak-anaknya sebaik sahaja menyiapkan busur dan anak panah.

Nasaruddin adalah pelayan raja. Hobinya adalah memburu. Apabila ada waktu lapang, dia ke hutan untuk berburu.

"Apakah yang ayah akan buru kali ini?" tanya anak perempuan Nasaruddin.

"Tengoklah nanti apa rezekinya."

Hari itu dia masuk ke hutan seorang diri dengan menunggang kudanya dan panah tersangkut di belakang. Katanya sendirian, "Belum nampak seekor binatang buruan. Saya sudah jauh ke dalam hutan!"

Nasaruddin membiarkan kuda tunggangannya melangkah perlahan-lahan lebih jauh ke dalam hutan yang semakin tebal dan pelbagai jenis pokok-pokok yang jarang dilihat di pinggir hutan. Matanya memerhatikan ke sekeliling. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Lama dia cuba mengamati apakah kelibat binatang itu.

Perlahan-lahan dia mengarahkan kudanya mendekati dan terpandang anak rusa yang comel. "Sungguh comel anak rusa itu. Bagus juga kalau dapat menangkapnya."

Nasaruddin turun daripada kudanya dan mendekati anak rusa itu lebih dekat. "Tentu anak perempuan saya gembira apabila saya membawa pulang anak rusa comel ini untuknya."

Lama Nasaruddin memerhatikan anak rusa comel yang sedang meragut rumput-rumput hijau sambil memikirkan cara bagi menangkapnya. "Saya tidak boleh memanahnya kerana ia akan cedera sedangkan saya mahu menghadiahkan anak rusa comel itu kepada anak perempuan saya."

Nasaruddin semakin mendekati anak rusa comel dan dengan mudah sahaja dia berjaya menangkapnya. Anak rusa itu langsung tidak meronta apatah lagi cuba melepaskan diri. Ia diletakkan di atas kuda di hadapannya. "Lebih baik saya pulang sekarang sebelum hari gelap!"

Kuda Nasaruddin yang memahami arahan tuannya, berpusing ke laluan tadi dan melangkah meninggalkan hutan. Sepanjang perjalanan Nasaruddin berasa tidak selesa. Sesekali dia menoleh ke belakang. "Seperti ada sesuatu yang mengekori saya di belakang!"

Pergerakan kuda lebih perlahan kerana menanggung berat tuannya dan seekor anak rusa. Berulang kali Nasaruddin menoleh ke belakang tetapi tidak ada apa-apa yang kelihatan.

"Memang ada sesuatu. Saya dapat merasakannya."

Akhirnya mereka sampai ke tepi hutan. Sekali lagi Nasaruddin menoleh. "Inikah yang mengekori saya sejak tadi?"

Memang tepat sangkaan Nasaruddin. Ada sesuatu yang mengekorinya. Rupa-rupanya, ibu rusa sedang mengekori Nasaruddin. Nasaruddin memerhatikan wajah ibu rusa itu. Seolah-olah menagih simpati darinya. "Mungkinkah anak rusa comel ini anaknya?"

Buat seketika, Nasaruddin dan ibu rusa saling berpandangan. Tangan Nasaruddin mengusap-ngusap lembut badan anak rusa comel dihadapannya sambil memandang ke arah ibu rusa yang turut memerhatikan perbuatannya. "Sungguh kasihan wajah ibu rusa itu."

Tangannya terus mengusap sambil matanya pula tanpa berkelip memerhatikan wajah ibu rusa. "Adakah saya perlu melepaskan anak rusa ini?" Berulang kali Nasaruddin bertanya kepada dirinya sendiri. "Tentu anak perempuan saya kecewa saya pulang dengan tangan kosong."

Akhirnya, Nasaruddin bertekad menurunkan anak rusa comel ke tanah."Pulanglah ke pangkuan ibu kamu."

Sebaik sahaja anak rusa comel diturunkan, ia segera melompat-lompat mendapatkan ibunya. Nasaruddin memerhatikannya sambil tersenyum. Ibu rusa asyik menjilat-jilat anaknya dan memandang ke arah Nasaruddin lalu masuk ke dalam hutan manakala Nasaruddin pulang tanpa hasil buruan tetapi dia masih tersenyum sepanjang perjalanan pulang.

Malam itu, Nasaruddin bermimpi didatangi oleh Nabi Muhammad saw, "ALLAH meletakkan namamu dikalangan nama raja-raja! Engkau akan menjadi seorang raja dan jagalah kerajaanmu. Jangan sekali-kali abaikan tanggungjawabmu."

Mimpi Nasaruddin menjadi kenyataan. Dia dilantik menjadi raja Ghazi, sebuah wilayah di Afghanistan.

Tuesday, March 18, 2008

Orang yang paling dibenci ALLAH

Aisyah r.a. memberitahu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Orang yang paling dibenci ALLAH adalah orang yang degil menentang kebenaran lagi keras bertengkar menegakkan kepalsuan."
- Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim-

Keterangan Hadis:
1- Islam menyuruh penganutnya berpegang kepada perkara yang benar (kebenaran) dan tunduk kepadanya; sekalipun dengan berbuat demikian akan menyusahkan mereka.

2- Islam membenci orang yang berpegang kepada perkara yang salah (kepalsuan) serta mempertahankannya bermati-matian sehingga sanggup mengatakan yang putih itu hitam dan sebaliknya.

3- ALLAH murka kepada orang yang berdegil di atas kepalsuan dan suka bertengkar kerana menegakkannya. Siapa yang berbuat demikian akan dijauhkan dari rahmat (pengasihan) ALLAH; malah akan dikenakan seksaan dengan sebabnya.

Monday, March 17, 2008

Doa

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing

TuhankuPintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Sunday, March 16, 2008

Tidak dihalalkan

Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka.

- Riwayat Abu Dawud & Annsa'i-

Saturday, March 15, 2008

Dosa yang disegerakan

"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan"

(Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Friday, March 14, 2008

Senyum

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah.

(Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

Thursday, March 13, 2008

Tiga Golongan

Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak.

-Riwayat Bukhari dan Muslim-

Wednesday, March 12, 2008

Sunnah Nabi saw.

Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya secara diam-diam kepada isteri-isteri Nabi saw. tentang amal ibadah beliau. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas. Mendengar itu, Nabi saw. memuji Allah dan bersabda: Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku.

(Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra)

Tuesday, March 11, 2008

Rendah hati

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Monday, March 10, 2008

Ilmu itu Lebih Baik

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

"Saidina Ali bin Abi Talib"

Sunday, March 9, 2008

Buruk Sangka

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w.,

"Jauhilah diri saudara-saudara daripada berburuk sangka kerana buruk sangka adalah berita palsu"

- riwayat Bukhari dan Muslim -

Saturday, March 8, 2008

Kejahatan yang Terlindung

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud,

"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, tetapi mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada ALLAH. Padahal ALLAH ada bersama mereka, semasa mereka merancang pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh ALLAH. Dan (ingatlah) ALLAH sentiasa meliputi pengetahuanNYA dengan apa yang mereka lakukan"

- Surah an-Nisa':ayat 108 -

Friday, March 7, 2008

Azab Neraka itu Benar

Ada satu ceramah... disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.. Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ??? Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya....?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Thursday, March 6, 2008

Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut..... besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat ... celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai dihadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yangberselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian danmembasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang SATU
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.... memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanitamengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

Wednesday, March 5, 2008

Fudhail Bin ‘Iyadh Taubat, Gara-gara Wanita Cantik

Pada masanya, Fudhail bin ‘Iyadh adalah seorang yang paling ‘abid, zuhud, wara’, serta paling mengenal Allah SWT.

Sebelumnya, beliau adalah seorang penyamun yang suka membegal orang. Sebab-sebab tobatnya ialah karena pada suatu hari ia tertarik oleh seorang wanita yang sangat cantik. Ketika beliau sedang memanjat tembok rumah wanita itu untuk melampiaskan keinginannya terhadap wanita itu, tiba-tiba terdengar olehnya suara orang yang sedang membaca Al-Qur’an yang artinya:
“Belumlah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).”
(S. Al-Hadid, 16).

Ayat tersebut menembus hati sanubarinya dan sangat mempengaruhinya, sehingga ia menjadi sadar akan dirinya yang telah terperosok selama ini. Lalu ia berkata,“Oh Tuhan, telah tiba sekarang waktunya.” Ia pun bertobat dengan setulus-tulusnya.

Lalu ia hendak pulang ke rumahnya. Tetapi karena hari telah larut malam, ia pun pergi ke suatu reruntuhan. Tiba-tiba tampak olehnya serombongan musafir. Sebagian dari mereka berkata,“Ayo kita berangkat.”

Yang lain menjawab,“Jangan, lebih baik tunggu sampai pagi. Sebab, pada malam-malam seperti inilah Fudhail menjalankan aksinya.”

Mendengar percakapan mereka itu, Fudhail lalu menampakkan dirinya sambil berkata,“Akulah Fudhail. Tetapi sekarang, aku telah bertobat dan tidak akan menyamun lagi.”

Banyak ulama memulai tulisannya dengan menceritakan hikayat orang-orang seperti Fudhail ini. Misalnya, Imam Qusyairi. Hal itu disebabkan oleh perbuatan mereka yang semula kurang baik kemudian mereka bertobat dan menjadi orang yang paling baik. Imam Qusyairi memulai pengajarannya dengan hikayat orang-orang seperti Fudhail ini, dengan harapan semoga murid-muridnya yang dahulunya banyak melakukan dosa tidak menjadi putus asa. Kalau saja ia memulai dengan hikayat orang-orang yang sejak mudanya telah tekun berbuat ibadah, seperti al-Junaid dan Sahal bin Abdullah, maka tentu akan ada yang berkata,“Siapa yang akan dapat menandingi mereka yang tidak pernah melakukan perbuatan dosa?” Oleh karena itu, setiap orang dianjurkan agar tidak mudah berputus asa dari rahmat Allah dan agar berbaik sangka kepada-Nya, sambil mengharapkan taufiq dan hidayah-Ny untuk berbuat taat dan melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kelalaian, sehingga termasuk kedalam golongan orang-orang arif.(m.muslih albaroni)

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Tuesday, March 4, 2008

Pohon Kayu

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

-Saidina Abu Bakar As-Siddiq-

Monday, March 3, 2008

Kecantikan

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

- Saidina Ali bin Abi Thalib-

Sunday, March 2, 2008

Taubat Wanita Berzina

PADA SUATU PETANG, semasa Nabi Musa as. sedang berehat-rehat di rumahnya, tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk berkali-kali. Kedengaran suara memberi salam. Nabi Musa segera bangun dan membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, seorang wanita berpakaian serba htam tercegat. Wajahnya dilutupi dengan tudung. Nabi Musa memerhatikannya seketika.

Pada penglihatannya, wanita itu seperti sedang menghadapi masalah. Wanita itu pula tunduk. Kemudian dia menangis sambil berkata, "Wahai Musa, tolong doakan supaya ALLAH mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan."

Nabi Musa tercengang. Beliau bertanya, "Apakah perbuatan yang kamu lakukan sebelum ini sehingga meminta saya mendoakan sedemikian?"

Wanita itu menahan esak tangisnya. Selepas agak reda, dia bersuara. "Terlalu sukar hendak saya jelaskan."

"Mengapa? Adakah kamu melakukan dosa besar sehingga takut tidak diampunkan ALLAH?" tanya Nabi Musa memujuk.

Bagaimanapun wanita itu keberatan memberitahu. Nabi Musa mempelawa wanita itu masuk ke dalam rumahnya supaya fikirannya tenang. Dia kemudian masuk dan duduk bersimpuh di tengah rumah.

Wanita itu tunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan Nabi Musa. Selepas beberapa ketika, wanita itu bersuara, "Sebenarnya saya sudah melakukan zina."

Nabi Musa menarik nafas panjang dan beristighfar berkali-kali.

"Teruskan. Apa yang berlaku?" Nabi Musa meminta wanita itu meneruskan ceritanya.

Wanita itu kemudian menyambung ceritannya. "Akibat perbuatan itu, saya hamil. Apabila anak itu lahir, saya mencekiknya sehingga mati."

Tersirap darah Nabi Musa apabila mendengar pengakuan wanita itu. Beliau menggeleng kepala berkali-kali.

Tidak disangka wanita itu sanggup bertindak kejam pada zuriatnya.

Kemudian nabi berkata, "Saya sebenarnya amat marah dengan perbuatan terkutuk tu. Pergilah kamu dari sini kerana saya takut seksaan ALLAH bakal menimpa rumahku ini."

Tanpa berlengah lagi, wanita itu bangkit perlahan-lahan dan keluar dari rumah Nabi Musa. Hatinya berbisik sayu, "Sedangkan nabi begitu marah dengan perbuatanku, bagaimanakah orang lain mahu menerimaku?"

Tanpa diduga, Malaikat Jibril menurunkan wahyu kepada Nabi Musa dan bertanya kepadanya, "Mengapakah kamu menghalau wanita itu dari rumah kamu sedangkan perempuan tu mahu bertaubat daripada perbuatannya yang lalu?"

Kemudian Jibril berkata lagi, "Tahukah kamu, wahai Musa, ada lagi dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan oleh wanita itu?"

Nabi Musa segera bertanya, "Apakah dosa yang lebih besar daripada dosa melakukan zina dan membunuh anak yang baru lahir?"

Lalu Malaikat Jibril segera menjawab, "Dosa orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja tanpa rasa menyesal. Manusia seperti itu lebih besar dosanya daripada melakukan zina."

Nabi Musa mengangguk faham. Kemudian beliau segera mendapatkan wanita tadi. Di hadapan wanita itu, Nabi Musa mengangkat tangan dan berdoa supaya ALLAH mengampunkan wanita itu.

"Jangan bimbang. Saya sudah berdoa kepada ALLAH supaya taubat kamu diterima. Jangan ulangi lagi perbuatan itu," ujar Nabi Musa.

Wanita itu menjawab, "Terima kasih, wahai nabi. Saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu." Dia pun pulanng dengan perasaan gembira.

Saturday, March 1, 2008

Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni.
Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)