Friday, March 7, 2008

Azab Neraka itu Benar

Ada satu ceramah... disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.. Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ??? Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya....?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Thursday, March 6, 2008

Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut..... besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat ... celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai dihadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yangberselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian danmembasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang SATU
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.... memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanitamengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

Wednesday, March 5, 2008

Fudhail Bin ‘Iyadh Taubat, Gara-gara Wanita Cantik

Pada masanya, Fudhail bin ‘Iyadh adalah seorang yang paling ‘abid, zuhud, wara’, serta paling mengenal Allah SWT.

Sebelumnya, beliau adalah seorang penyamun yang suka membegal orang. Sebab-sebab tobatnya ialah karena pada suatu hari ia tertarik oleh seorang wanita yang sangat cantik. Ketika beliau sedang memanjat tembok rumah wanita itu untuk melampiaskan keinginannya terhadap wanita itu, tiba-tiba terdengar olehnya suara orang yang sedang membaca Al-Qur’an yang artinya:
“Belumlah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).”
(S. Al-Hadid, 16).

Ayat tersebut menembus hati sanubarinya dan sangat mempengaruhinya, sehingga ia menjadi sadar akan dirinya yang telah terperosok selama ini. Lalu ia berkata,“Oh Tuhan, telah tiba sekarang waktunya.” Ia pun bertobat dengan setulus-tulusnya.

Lalu ia hendak pulang ke rumahnya. Tetapi karena hari telah larut malam, ia pun pergi ke suatu reruntuhan. Tiba-tiba tampak olehnya serombongan musafir. Sebagian dari mereka berkata,“Ayo kita berangkat.”

Yang lain menjawab,“Jangan, lebih baik tunggu sampai pagi. Sebab, pada malam-malam seperti inilah Fudhail menjalankan aksinya.”

Mendengar percakapan mereka itu, Fudhail lalu menampakkan dirinya sambil berkata,“Akulah Fudhail. Tetapi sekarang, aku telah bertobat dan tidak akan menyamun lagi.”

Banyak ulama memulai tulisannya dengan menceritakan hikayat orang-orang seperti Fudhail ini. Misalnya, Imam Qusyairi. Hal itu disebabkan oleh perbuatan mereka yang semula kurang baik kemudian mereka bertobat dan menjadi orang yang paling baik. Imam Qusyairi memulai pengajarannya dengan hikayat orang-orang seperti Fudhail ini, dengan harapan semoga murid-muridnya yang dahulunya banyak melakukan dosa tidak menjadi putus asa. Kalau saja ia memulai dengan hikayat orang-orang yang sejak mudanya telah tekun berbuat ibadah, seperti al-Junaid dan Sahal bin Abdullah, maka tentu akan ada yang berkata,“Siapa yang akan dapat menandingi mereka yang tidak pernah melakukan perbuatan dosa?” Oleh karena itu, setiap orang dianjurkan agar tidak mudah berputus asa dari rahmat Allah dan agar berbaik sangka kepada-Nya, sambil mengharapkan taufiq dan hidayah-Ny untuk berbuat taat dan melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kelalaian, sehingga termasuk kedalam golongan orang-orang arif.(m.muslih albaroni)

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Tuesday, March 4, 2008

Pohon Kayu

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

-Saidina Abu Bakar As-Siddiq-

Monday, March 3, 2008

Kecantikan

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

- Saidina Ali bin Abi Thalib-

Sunday, March 2, 2008

Taubat Wanita Berzina

PADA SUATU PETANG, semasa Nabi Musa as. sedang berehat-rehat di rumahnya, tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk berkali-kali. Kedengaran suara memberi salam. Nabi Musa segera bangun dan membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, seorang wanita berpakaian serba htam tercegat. Wajahnya dilutupi dengan tudung. Nabi Musa memerhatikannya seketika.

Pada penglihatannya, wanita itu seperti sedang menghadapi masalah. Wanita itu pula tunduk. Kemudian dia menangis sambil berkata, "Wahai Musa, tolong doakan supaya ALLAH mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan."

Nabi Musa tercengang. Beliau bertanya, "Apakah perbuatan yang kamu lakukan sebelum ini sehingga meminta saya mendoakan sedemikian?"

Wanita itu menahan esak tangisnya. Selepas agak reda, dia bersuara. "Terlalu sukar hendak saya jelaskan."

"Mengapa? Adakah kamu melakukan dosa besar sehingga takut tidak diampunkan ALLAH?" tanya Nabi Musa memujuk.

Bagaimanapun wanita itu keberatan memberitahu. Nabi Musa mempelawa wanita itu masuk ke dalam rumahnya supaya fikirannya tenang. Dia kemudian masuk dan duduk bersimpuh di tengah rumah.

Wanita itu tunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan Nabi Musa. Selepas beberapa ketika, wanita itu bersuara, "Sebenarnya saya sudah melakukan zina."

Nabi Musa menarik nafas panjang dan beristighfar berkali-kali.

"Teruskan. Apa yang berlaku?" Nabi Musa meminta wanita itu meneruskan ceritanya.

Wanita itu kemudian menyambung ceritannya. "Akibat perbuatan itu, saya hamil. Apabila anak itu lahir, saya mencekiknya sehingga mati."

Tersirap darah Nabi Musa apabila mendengar pengakuan wanita itu. Beliau menggeleng kepala berkali-kali.

Tidak disangka wanita itu sanggup bertindak kejam pada zuriatnya.

Kemudian nabi berkata, "Saya sebenarnya amat marah dengan perbuatan terkutuk tu. Pergilah kamu dari sini kerana saya takut seksaan ALLAH bakal menimpa rumahku ini."

Tanpa berlengah lagi, wanita itu bangkit perlahan-lahan dan keluar dari rumah Nabi Musa. Hatinya berbisik sayu, "Sedangkan nabi begitu marah dengan perbuatanku, bagaimanakah orang lain mahu menerimaku?"

Tanpa diduga, Malaikat Jibril menurunkan wahyu kepada Nabi Musa dan bertanya kepadanya, "Mengapakah kamu menghalau wanita itu dari rumah kamu sedangkan perempuan tu mahu bertaubat daripada perbuatannya yang lalu?"

Kemudian Jibril berkata lagi, "Tahukah kamu, wahai Musa, ada lagi dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan oleh wanita itu?"

Nabi Musa segera bertanya, "Apakah dosa yang lebih besar daripada dosa melakukan zina dan membunuh anak yang baru lahir?"

Lalu Malaikat Jibril segera menjawab, "Dosa orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja tanpa rasa menyesal. Manusia seperti itu lebih besar dosanya daripada melakukan zina."

Nabi Musa mengangguk faham. Kemudian beliau segera mendapatkan wanita tadi. Di hadapan wanita itu, Nabi Musa mengangkat tangan dan berdoa supaya ALLAH mengampunkan wanita itu.

"Jangan bimbang. Saya sudah berdoa kepada ALLAH supaya taubat kamu diterima. Jangan ulangi lagi perbuatan itu," ujar Nabi Musa.

Wanita itu menjawab, "Terima kasih, wahai nabi. Saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu." Dia pun pulanng dengan perasaan gembira.

Saturday, March 1, 2008

Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni.
Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)