Kasih manusia sering bermusimSayang manusia tiada abadiKasih Tuhan tiada bertepiSayang Tuhan janjinya pastiAndainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang ...
1. KUAT AGAMANYABiar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengalaman agamanya. Lihat saja Rasulullah s.a.w. menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketakwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2. BAIK AKHLAKNYAKetegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.
3. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, kelab malam, pub dan bar?
4. AMANAHJika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia!
5. TIDAK BOROSDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6. TIDAK LIAR MATANYAPerhatikan apakah matanya kerap meliar kea rah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Hmmm … carilah yang lain ye!
7.TERBATAS PERGAULANSebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan ke atas kelebihannya sebagai lelaki.
8. RAKAN PERGAULANNYARakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9. BERTANGGUNGJAWABRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
10. TENANG WAJAHApa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.
No comments:
Post a Comment